Jumaat, 25 Mei 2012

Artis Terkenal Filipina Peluk Islam


Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam barubaru ini, dan Islamlah yang mendamaikan hidup dan batin kata nya. “Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya,” tambahnya lagi. 
Queenie Padilla juga berkata, ayahnya antara orang yang paling sabar dan gembira dengan keputusan yang dibuatnya. Beliau juga berkata “Dalam dunia hiburan seolah berada di persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat”.
Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, “Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat,” katanya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.
Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah.
Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian menutup aurat dan berjilbab. “Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam,” tegasnya. Alhamdulillah.

Khamis, 24 Mei 2012

Hairie Othman Bidas Kenyataan Menteri



Hairie Othman membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik. Haire membidas kenyataan Tok Pa itu mengapa jika para artis apabila berbeza pendapat dianggap pembangkang. Di facebooknya, beliau menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu. Haire melahirkan rasa kehairanannya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan dan mesti ikut mereka seperti lembu.

Banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS.

Kelmarin, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang penyertaan PAS kepada TG Hj Abdul Hadi Awang. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada UMNO BN yang telah sekian lama memeperkudakan PDRM untuk pertahankan kuasa mereka.

Sebelum daripada ini beberapa orang artis seperti Bob Lokman, Aisyah dan Sham Kamikaze telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS.

"saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman
 



Sabtu, 19 Mei 2012

SYELLA KAMARUDDIN




Syella Kamaruddin, merupakan seorang artis yang kurang dikenali, jarang muncul dalam mana-mana drama, namun dia sering dihinggap dengan cerita panas, terutamanya berkenaan pakaian seksi yang selalu terdedah sana-sini.

Kalau dulu, ada cerita Syella yang konon’nya bergaduh di Facebook sebab ditegur oleh orang veteran kerana berpakaian seksi, namun kami rasa teguran itu tidak diendah sangat. Gambar terbaru (mungkin?) daripada Syella kembali menghangatkan mata-mata yang memandang. Apakan tidak, buah dada’nya hampir separuh terkeluar, macam nak ditayangkan sangat kemontokan aset berharga miliknya.

Daring dan berani, namun itu bukan tiket untuk popular dan mendapat perhatian produser filem. Cuba tengok Lisa Surihani & Siti Nurhaliza, tak perlu tayang apa-apa pun, fans mereka tetap berjuta-juta. Kami pun pelik, Syella ni orang’nya cantik, putih melepak.