Ahad, 19 Februari 2012

Hebatnya Artis Malaysia


Penyanyi Veteran Latif Ibrahim Stabil Di IJN


Latif Ibrahim
PETALING JAYA: Spekulasi yang mengatakan penyanyi dan pelakon veteran tahun 80-an iaitu Latif Ibrahim meninggal dunia pada Sabtu adalah tidak benar.
Sebaliknya penyanyi itu berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini pada Sabtu.
Pelakon Liza Abdullah yang juga rakan beliau berkata, Latif kelihatan bersemangat dan boleh berborak dengannya ketika melawat beliau pada Sabtu malam.
"Keadaannya stabil. Dia boleh berborak dengan saya sambil bertanya saya tak 'shooting' ke?" katanya kepada mStar Online melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini Ahad.
Menurut Liza, dia bergeges ke IJN pada Sabtu selepas mendapat berita kononnya Latif meninggal dunia.
Jelasnya, selepas melihat dan berjumpa Latif secara berdepan barulah dia berpuas hati dan menganggap tuduhan itu adalah palsu.
"Saya geram betul. Kenapalah ada org yang suka sangat buat cerita tak betul. Saya memang tak sedap hati bila dapat tahu cerita tu. Sebab tu saya terus ke IJN untuk melihat kesahihannya," kata Liza.
Tambahnya, Latif merupakan individu yang kuat semangat dalam menempuh penyakit jantung yang di hadapinya itu.
Sehubungan itu Liza meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Latif dan tidak menyebarkan berita palsu pada masa akan datang.
Sementara itu adik penyanyi tersebut iaitu Datuk Khatijah Ibrahim memberitahu kesihatan Latif berada dalam keadaan terkawal.
Pada Sabtu pihak media di khabarkan Latif meninggal dunia selepas ada pihak menyebarkan berita tersebut sehingga menimbulkan suasana panik.

Ahad, 12 Februari 2012

Whitney Houston ditemui mati Di Hotel

Ratu pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat pada sekitar tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, Los Angeles.


Penyanyi berbakat itu dipercayai terbabit dalam penggunaan dadah disahkan mati pada jam 3.55 pagi di dalam biliknya di Hotel Beverly Hilton.


“Pada pukul 3:55 petang (semalam), Whitney Houston diisytihar meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills,” kata jurucakap polis, Mark Rosen.


Beliau yang dipetik AFPberkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik hotelnya di tingkat empat ketika usaha dibuat untuk memulihkan beliau.


“Tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini dan kes sedang disiasat oleh polis Beverly Hills,” kata jurucakap itu.


Sementara itu, AP pula melaporkan pegawai peribadi Whitney, Kristen Foster, berkata punca kematian penyanyi pop itu masih tidak diketahui.


Mayat penyanyi legenda itu masih berada di hotel berkenaan dan anggota polis sedang menyiasat punca kematiannya.


Mendiang pernah memenangi enam Anugerah Grammy, termasuk rekod untuk tahun itu bagi lagu "I Will Always Love You" dan album tahunan bagi "The Bodyguard".


Houston berada di Los Angeles bagi majlis Anugerah Grammy yang akan berlangsung pada malam Sabtu waktu tempatan.